Showing posts with label gitar. Show all posts
Showing posts with label gitar. Show all posts

Ashashi dan Liyana Fizi



♥Assalamualaikum♥


Back to previous entri yang konon-konon teaser sangat tu kan. Gambar dah dapat, so boleh lah update dah. Tapi rupa-rupanya, tak banyak pun gambar nya. Gambar atas pentas lagilah tak ada. Benda entah. Takpe, abaikan. Tak penting pun ('⌣')


So, bawah ni my groupmates. Ada ke groupmate? Hahaaa, lantak ~


Kitorang sebenarnya memang 3, then tetiba "kakak" yang tu hilang suara. Memang takde rezeki nak perform lah kan. Kitorang, aku and yang kanan tu je yang naik pentas.


Lagu?
Patah Seribu - Shila Amzah and Ku Bukan Aku - Tilu.
Nampak macam susahkan lagu 2nd? Cool lah, bukan aku nyanyi pun. Hahaaa (^⌣^)


Ouh, bawah ni. Kak Liyana Fizi, juri. Ada abang Agcoco gak. *hahaa, gedik* Tapi tak ada rezeki nak bergambar dengan dia T^T
Takpelah *nangis*

Apesal tah aku macam tu? (⌣́_⌣̀")


Result?
Kitorang tak menang pun. Yelah, yang lain semua pernah try masuk, pernah menang, guitarist lelaki, memang belum rezeki lah kitorang yang noob, beginner, etc ni nak menang kan ~

Tapi takpe, menang kalah tak penting. Pengalaman tu yang valuable beb (^⌣^)

Ada dapat piala. Semua group yang masuk pun dapat piala. Perlu ke tunjuk sini? Tahun-tahun lain jelah yea. Hahaaa ;D


Video tak dapat lagi. Lagipun tak rasa pun nak upload sini. Hahaaa, tengoklah nanti yea sayangs (^⌣^)


OkeBai ┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌


Teaser | Acoustic Fever


♥Assalamualaikum♥


*Teaser lah sangat :p*


Berdirinya saya di sini sebenarnya nak cerita pasal Acoustic Fever under UiTM Kedah malam tadi (10 Feb). Tapi nampaknya, gambar belum ada, result pun belum keluar, lain kali jelah saya cerita yea :)

Jadi, sama-sama berdoa untuk kejayaan kami malam ni yea. Aminnn.


.................................................................................


Oke, nak sambung tengok Family Outing sambil mengabaikan asignment yang nak kena hantar esok =.="




cuti, ipoh, kad raya ^___^



Semua ada PANDA :D


Kad-kad ni dah selamat hantar Jumaat haritu.
Cuma kau punya je Syaufi, lambat sangat pun bagi alamat :p
Btw, kad raya korang yang kat Perak ni semua dah sampai pun kan?
Huduhhh kannnnn? HAHHAAA.
Lantak ~ Janji ikhlas ^___^


...................................


Ini hari ketiga dah aku kat Ipoh ni. Baru aku reti nak update. HAHHAAA. Biarlah. Duduk rumah ni, lappy sayang ni dianaktirikan. Better aku tidur jehh. KAHKAHKAHHH.


..................................


Pffttt. Lari motif.





Aku sebenarnya rindu kat Encik Blutique. Menyesal ouh tak bawak balik TT___TT
Yelaa, dah biasa balik bilik lepas kelas ambek dia, main. Bosan-bosan, main. Geram-geram, main.
Harap dia tak merajuk laa aku tinggal. Kalau barang sikit or naik kereta, rajin jugak laa aku nak bawak balik kannn.
Aku dah tinggalkan dia dalam condition baik punya! Tali dah loose kan, body takde habuk, siap bagi dia tidur dalam loker lagi. GAHAHHAAA.

"Sayang, nanti kita jumpa yea ^___^" HAHHAAA :p

Lalu kedai gitar, sakittt je hati =.="


...................................


Oke laa. Selamat mengharungi hari-hari puasa yang terakhir untuk tahun ni ^___^


...................................


Bagi harapan, keh?
=.="


kalah pada minat



well,
orang selalu kata, kalau kita minat mesti boleh buat.
aku pun selalu guna ayat tu bila nak bagi semangat kat orang.
kadang-kadang menganjing pakai ayat tu pun best!
KAHKAHKAH


but now,
aku kalah dengan minat sendiri.
normally, aku berjaya buat apa yang aku minat.
contoh, dadih segera perisa jagung tu. HAHHAAA
(contoh tak nak susah lagi~ hehhh :p)


tapi dengan benda yang satu ni memang aku kalah.


.gitar.

Credit to Google


maaflah rumate, jiran-jiran bilik.
aku bukan nak memekak dengan bunyi petikan sumbang aku tu.
tapi aku tak pandai-pandai main.
lagu senang pun entah pape jadinya.
maaf, maaf, maaf =.="


so,
ada sesiapa nak ajar?
sila, sila, sila :'D


notasemestertiga : aku mintak tolong serius ni TT___TT


small reunion , lomo , guitar :D


yeay !!! on last friday (06052011) , pergi berjimba dengan my beloved kamisahajacrew .
lipuan menyeluruh sila ke belog mimie :) TEKAN !
(malas nak buat version aku . hahha :p)


serius rindu dengan mereka ! bila dapat jumpa , macam apa je . semua tak berubah . tapi itu yang aku sentiasa rindu dengan korang . perangai korang yang sangat gila-gila :) ouh , maaf laa saya kurang bercakap . saya kan pendiam -^^- . weee ~


and yaa , lomo sudah ditangan . konon tak jadi nak beli sebab nak simpan duit untuk beli gitar lah konon kan ~ last-last , both dapat . hahha :D itu pun lepas jumpa aqua blast RM29.90 je . tak silap aku memang aqua blast lomo yang paling murah . tak silap aku tengok online punya pun RM40++ , belum tambah postage lagi . dah jumpa murah punya kan . apalagi . grab one lah :D


abaikan muka teruje =.="


tetiba aku rasa macam fadh punya cam =.=" betul ek fadh ???


..........


and , yaa . ahad (08052011) pergi keluar with my beloved family pulak . kecuali my mom yang nak habis kan hari ibu kat rumah , rilek sorang-sorang tanpa gangguan . (ayat macam kena halau :p)
pergi loken , dapat bodek ayah beli mesin jahit bentuk stapler . boleh lah aku sambung projek haritu . weee ~

camni laa bentuknya (credit : google)

nak guna mesin jahit biasa aku tak reti bhai . guna mesin jahit camni pun jadilah ~


then , makan kat johnny's kat JJ. alahaiii ~ tak ada gambar pulakkk :p makan kat sana sedap . so , ada sesapa nak belanja aku lepas ni ??? hahha XD eh , jap abalone tu natang apa ? mahal nak mampus !


then , jalan-jalan carik kedai muzik . konon nak usha je lah kan ~ banyak gila kedai tutup hari ahad . patut ahad lah bukak kedai . orang ramai cuti . bengong ! bayank kedai tutup tu kedai melayu lah . apalah kome ni . sigh ~ nanti kalau aku bukak bisnes , ada kedai , hari ahad aku bukak . barulah rezeki masyukkk ~ (otak budak bisnes . hahha XD)


ouh , yaa . back to gitar . masuk satu kedai tu , (nama kedai dirahsiakan sebab tuan kedai tak bagi upah kat aku promote kedai dia pun :p) usha-usha kononnya . bila dah tanya harga , tengok-tengok harga sesuai dengan bajet aku , pappp ! dapat jugak gitar tu . hahha . meet my super handsome mr. blutique :)


ni google punya , bukan aku . hahha
tapi rupanya macam ni lah . aku malas nak snap mr. handsome aku tuh . hahha XD


dah lah . banyak sangat dah merepek . bubye !


notacutisemester : baru belajar nak main gitar dan snipsnaping lomo . nak tune pun tak reti lagi . ngahahha
notacuitisemester2 : part of wishlist aku tertunai sudah ~