Faulty.

♥Assalamualaikum♥


Bagi alasan pun tak guna. Salah kau, terima jela.

And I realised, I just created enemies.
Ya Allah.

Babo.
Perangai macam tahi, siapa nak kawan.
Hm.


Kajian Kecelaruan Minda

♥Assalamualaikum♥


Menurut kajian yang dijalankan baru-baru ini,

Test berturut-turut selama 4 hari adalah amat tidak digalakkan.
Ia mampu mengakibatkan kecelaruan minda dan penurunan gred.
Ia juga mampu menjadikan seseorang itu gila, sementara.
Kes yang lebih ekstrim, kegilaan itu tidak mampu hilang selama-lamanya.

Sekian laporan.

Pengajaran dekat sini,

JANGAN STUDY LAST MINUTE!

Sekian sekali lagi.

Bai.

Tulis, Baca. Cerita, Dengar.


♥Assalamualaikum♥



Even without any single reader, I'm going to write anyway.

Bagi aku, menulis macam bercerita.
Mungkin takde siapa yang mendengar, tapi sekurang-kurangnya dah luahkan.
Mungkin takde siapa yang nak dengar, tapi kau dah usaha. Supaya orang mendengar.

Menulis tanpa ada pembaca macam bercakap dengan binatang peliharaan atau patung kesayangan kau.
Walau takde tindak balas, tetap rasa lega. Ringan otak.


U'll may disagree, but this is how I feel about this :)


Hey Future Husband!

♥Assalamualaikum♥


 Harap awak ada gene terlebih comel macam budak ni.


Seriously, I mean it. *insert serious face*






Aigoo Lincoln Paul Lambert~
*melting*


Spekulasi Busuk

♥Assalamualaikum♥


 Sumber idea,

 Permulaan cerita,

Dapat tangkap tak pasal apa? Polis, ya.


Siapa anak polis, or dia sendiri yang polis, faham lah perasaannya.

Oh ya. Ini bukan entri cari gaduh. Ini entri  menurut pandangan aku je. Tak gaduh-gaduh punya ('◡' )


Aku tahu, memang ada polis jahat. Aku tak nafikan pun. Tapi kau fikir, kalau nak cakap tu jangan sampai cakap macam semua polis macam tu. Agak-agak lah nak mengata pun kan. Kalau kau, kau suka orang kutuk kerja kau, kerja bapak kau. Tu, artis yang kau agung-agungkan tu. Kau suka orang cakap, "Alaa, semua artis perempuan makan duit Dato', memang lah boleh berjaya". "Alaa, cleaner je. Tak berpelajaran lah tu". Suka? Bagus ke spekulasi macam tu?


Dan ya, aku tau negara ni negara demokrasi. Kau bebas bersuara, tapi tetap ada batasnya.
Walau polis jahat sekalipun, yang datang selamatkan kau orang bila kena rogol siapa? Tolong cari ahli keluarga, kawan-kawan kau orang yang hilang, siapa? Siapa yang tolong selamatkan duit kau orang dari rompakan bank? Bayangkan negara tanpa polis. Boleh buat sendiri? Heh.


Tak apa lah. Nak emo lebih-lebih bukan ada orang baca.


By the way, ada yang nak buat reply entri ke apa ke pasal ni? Sila. Nak tahu jugak pandangan orang lain. Yelah, bukan kita je betul, kan?


#GengAnakPolis


D.I.Y. Tutorial | Ribbon

♥Assalamualaikum♥

Wada, nah. Hahaa

It's ribbon time! Tak kisah lah nak buat ribbon pin ke, sepit ke, apa ke. Kau punya, kau yang nak buat, kau decide sendiri lah ye. Peace

First, u need:
1) Kain.
    Potong segi empat sama. Saiz, depends. Lagi besar kain, lagi besar ribbon kau jadinya ت
2) Jarum.
3) Benang.
    Warna pilihan


Dah sedia semua bahan? Jom mula!

Mula-mula, lipat kain empat segi kau bagi dia hadap belakang, then jahit. Jelujur, silang pari, macam mana pun tak apa asal cantum.
Then, jahit hujung dua-dua belah. Tapi pastikan jahitan tengah first tadi dekat bahagian tengah jahitan tepi tu. Tak faham tengok gambar, mekaseh.
Sepatutnya tengah-tengah kau kena tinggalkan ruang dalam sebesar ibu jari kau. Tapi aku silap yang step first tu, so aku tetas balik. So menyusahkan diri (ノ-_-)ノㅠ

Lepastu, terbalikkan melalui lubang dekat tengah tadi.

Pusing, elok-elokkan. Bucu tu, jolok dengan hujung gunting. Nanti nampak macam gambar kat atas ni.

Next,
Kepitkan tengah-tengah macam gambar 4, jahit bawah dia bagi nampak bentuk macam gambar 5 tapi jangan potong benang lagi.
Kendian, gulung benang lebih tadi macam gambar kat bawah ni. SIAP!
Nak nampak comel lagi sikit, kau boleh jahit sikit kat bahagian yang aku bulatkan tu.


Aku ni memang jenis tak pandai nak elaborate sikit-sikit. Jadi karangan terus tutorial ni. Padahal simple je (-__- )


Okelah, selamat mencuba. Bai!

Alaa, Wada dah takde blog.
Cane dia nak perasan entri ni.
Nak bagitahu sendiri malu. Puiiiii